Tuesday, August 13, 2013

Post 6 pagi

Mia, 3, kiri.
Adik aku yang berusia 5 tahun datang terkedek-kedek berjalan ke arah aku. Kemudian dia pusing kepala 90 darjah ke arah timur dan terus berpusing berjalan mengikut arah tersebut. Dia tunduk dan mengangkat botol susu yang kosong dan kembali berjalan ke arah aku.

Oh no.
Suruh buat susu lah tu.
*mengeluh*

"Kakak shila, nak susu!!" teriak mia, sang penyeri kami sekeluarga.

aku tarik botol susunya dan sorok dibelakang.
"kalau kakak shila buat, apa kakak dapat?"

diam.

"kakak shila dapat kasih sayang mia!"

No comments:

 

about me

My photo
Malaysian dan orang Melayu hence, the rojak language in this blog. "My thoughts are stars I can't fathom into constellation" - John Green.

reach me

advert