Tuesday, December 29, 2015

Pakaian Muslimah popular 2015

Sejak dari kecil, aku memang tak kisah langsung pasal pemakaian aku. Ini semua sebab dah terbiasa dengan pertolongan parents yang selalu pakaikan baju aku. Well, dulu je lah. Bila adik pertama aku lahir, aku pun mula terkial-kial cari baju mana yang patut aku pakai. Itu pun main belasah je. Bila diajak pergi berjalan, kadang-kadang main rembat je pakai baju tidur dengan cardigan +  seluar jeans. Lain hari bila rasa nak style sikit, kita letak cekak kat rambut. Haha itu dululah masa zaman puberty-tak-reached-lagi-so-tak-kisah-pasal-fashion-ni-semua.

Bila start alam sekolah menengah, baru develop rasa insecure sebab tak pandai melaram. Kawan-kawan sakan pergi H&M, Brands Outlet. Kita? Beli baju borong 2 RM10 dekat Carrefour je sebab malas nak fikir.

Now when I'm officially 18, hehe of course la dah ada sikit skill melaram. Dah tahu nak matchy matchy sikit walaupun kadang-kadang terbabas gak gayanya. Hihi.

FASHION
Unik kan fashion ni? Sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Apa yang lebih unik dan hebat bagi aku adalah semua fashion designer ni sentiasa ada je idea untuk style yang serba baru dan cool untuk para wanita, lebih-lebih lagi for us Muslimah! Tapi kalau kita tengok sekarang dunia fashion di Malaysia kini sudah terbiasa dengan koleksi pakaian moden. Kalau tengok trend pun, tak payah susah-susah tengok polls, tengok je ads kat Instagram.. berlambak instashop #sayajual baju fesyen muslimah kan? Ada yang wudhuk-friendly, clothes yang materialnya sesuai untuk iklim negara kita yang sunny ni dan bf! (mesti korang ingat boyfriend/best friend kan? Hehe, I thought that too masa mula-mula nampak dulu. But nope, it actually means breastfeeding-friendly!)

So without further ado, let's take a look at 3 types of pakaian Muslimah popular in 2015!

 

about me

My photo
Hi, welcome to my blog! I'm a Malaysian Malay hence, the rojak language in this blog. Sorry not sorry! :P I read law and jot down highlights of my journey here.

reach me

advert